Jangan sampai kerana ketidaksabaran kita melihat ramai orang kembali kepada fitrah asal mereka, satu demi satu berlalu dan berpusu pergi. Oleh sebab --- tidak berminat lagi serta tidak punya hati. Jangan sampai ramai orang memilih untuk kekal tenggelam, jauh, jahil, berpunca dari bicara lisan kita yang lagak seperti penjaga utama pintu Syurga. Jangan sampai banyak semangat semakin pudar setelah kita patah-patahkan atas tiket ‘hidup ini sementara, mari menuju kepada-Nya’. Sedang tiada siapa tahu perjuangan dia memerangi diri sendiri dalam memperbaiki diri menuju Negeri Abadi Demi Ilahi.Kredit
0 comments