Kau Pernah
Kau pernah,
menjadi penyumbang parut luka dalam
hingga jasadku kelam.
Dalam tempoh yang ku kira
tiada hujung akhirnya.
Aku di sini tersadai
antara realiti dan ilusi.
Mungkin sehingga waktu ini
kau tidak lagi mengingati.
Sedang hati ini
sering berbelah bahagi.
Apatah lagi,
menerima khabar tentangmu yang meruntun hati
berkenaan diri.
Sudah tentu,
aku juga perlu waktu
untuk menelan rasa
dan melepaskan semua.
Maafkan aku
jika kelihatan seperti batu
yang kaku tidak membantu
walau cuma satu.
Percayalah, aku buntu.
Kerana kau pernah.
Subang Jaya
0 comments